Pengenalan

Pengkalan merupakan satu nama tempat yang telah hilang dalam peta apabila berlakunya aktiviti perlombongan bijih timah di Perak. Pengkalan-pengkalan sungai banyak di bina di sepanjang Sungai Kinta dan cawangannya seperti Sungai Raya, Sungai Cenderiang, Sungai Kampar, Sungai Tumbuh dan sebagainya.
Lembangan Sungai Kinta ini telah dilombong untuk mendapatkan bijih timah. Maka, tanah-tanah di sini telah menjadi tanah tidak subur yang dipanggil Tanah Amang. Amang adalah tahi bijih timah, yang banyak terdapat dikawasan bekas lombong timah. Ianya kaya dengan mineral berat yang mengandungi unsur nadir bumi. Unsur nadir bumi mempunyai banyak kegunaan di dalam pelbagai industri. Bila disebut logam berat ia hanya ditujukan kepada logam yang mempunyai berat jenis lebih besar dari 5 g/cm3. Terdapat 40 jenis unsur logam berat antaranya yang beracun bagi manusia adalah: arsenik (As), kadmium (Cd), tembaga (Cu), plumbum (Pb), merkuri (Hg), nikel (Ni), dan zink (Zn).
Pencerita adalah penduduk asal Kampung Pengkalan Baharu yang terletak di pinggir Sungai Raia. 

Comments